Friday, February 27, 2015

Bajet KAHWEN :D




Salaaaaaammmmmmmmm :D lamaaa tak mengupdate setelah agak kebizian yg melampui waktu . haishh cepat benoh yer mase berlalu . now i'm 22 :D tua sudahh that why tergedik gedik nak kawen. hohoiiii :D speaking of kahwin dah nak hampir setahun sy pegang status tunang(zahid) org. tak sedarrrr . hihihi . Darah manis byk benda lalui.. yang penting korang kena cool and sabar ok :D in sya Allah ..

so lets move onnnnnnnn. nak citer bajet tok kawen niiiii :) semuaaa sukaa bab kahwin ni tp yg penting kahwin ni almaklum laaa sekarang nk ade pelamin laa kompang laa dj laa. yelah sekali seumur idupp kan :D ade jugak pihak yg kata membazir kata itu ikut adat bukan ikut agama. its depend laa. so kalau nk buad so buad la. if tak mau ikut laaaa. for me.. buad yg mana mampu ok bukan benda nak buad so ukur baju di badan sendiri :)



         318352_473256592708558_601100581_n.jpeg (535×400)





now day , memang mahal kalau perempuan mintak hantaran 10k ke atas bukan cakap dia cekik darah keee hape sebab nya kos itu ini dah naik.. mau mau 15k ade kat tangan. but kena bajet okey.. kalau sy memang survey sana sini duluu :)

                            417087_320483104656203_100000835471154_841729_1905132781_n.jpg (382×400)

ni super bajet hanya walimah urus tu makan buat makan laaa . no pelamin. no mak andam. no dj . no kompang..

So korang boleh compare kan dengan atas tu.. My advice is korang survey dulu . cari tempat yg cantik murah n layanan dia okey.. kalau murah tapi hampeh pekak (macam nak taknak) buat ape kan??

1) CINCIN / GELANG / RANTAI

ni perempuann yang gunaa laa. ofcourse laa beli emas. hahaha.. selalu orang beli cincin jee. sape rase nk suruh bakal suami dia bagi gelang pon bolehh. ikuttt kemampuan dan kesukaan masing2 :D





                                       

2) MAK ANDAM & PELAMIN

So if korang orang batu pahat johor i cadang amek dengan : Sal Image Bridal

Pakej dia banyak. Murah mmg cantik . tak tipuu :)








                                               

korang boleh tengok dekat dia punya facebook the latest pelamin , baju and solekan dia. harga dia pon memang berbaloi :)

3) JAMUAN MAKAN

cari Tukang masak atau zaman sekang nii orang pakai catering. mana mana cari mmg susah nak dapat satu kepala 10hengget mau 11,12,13 and itu pon tengok jemputannya.. kalau boleh carilah yang lengkap semuaaa banyak sy pergi survey ada yg cuci pinggan kena sendiri laa, ade yang takde pelayan la, ade tuu tak buad kan makan berdamai... WHATTTTTT the heck laaa. mcam tu baik aku sendiri yg buad. hahahahaha.. so kyra dapat satu kepala rm 13 sebabnya jemputan tak byk and pakej dia lengkap semuaaa :) namanyaaa ain catering :)



                 

4) HANTARAN

barang hantaran serta gubahan nyaaaa...

So barang hantaran ni korang laa kena bajet jenama ape nak beli. nak letak ade mende alah ape atas dulang hantaran tu.. selalu beg, kasut, buah, telekung, al-quran, kek, sirih junjung, cincin. cari yang simple and murah bg nak bajet if korang byk duet takpelaa ;D

and gubahan hantaran sekarang ade boleh buat kt kedai, ada yang sewa,.. bagi kyraa laa baik buad sndiri sebab beli barang sama je dgn hargaa sewa and skrangg pon kalau yg tak kreatif boleh goole je atau tgok you tube tutorial



                  

                  



for me laa gubah macam atas ni simple sangat nampak sweet and elegant tau :) orang sekarang tak payah nak renda ape ke bagai.. beli kotak , reben , gabus ala bantal, kain warna temaaa. senanggggg :) jimaaaatt jemahh oii

kalau tak de idea keee di sini boleh tunjukakn anda : tutorial gubahan hantaran

5) DJ
: DJ radiooooo

ni takde pon takpe sebab tak wajib pon. hahahahha :DD tapi takde lagu macam sunyi sgt kann. so nak bukak lagu pon biarlaaa hormat majliss sikit. suruh dia bukak slow slow sikit sound jangan harok sgt kang tak telan orang yg dtg makan. hahahahhaa

                     
6) KOMPANG

koompang ni selalu pompuan selalu gunakan utk meraikan kedatangan pihak pengantin lelaki :) ini adat laaa. kalau ade bunyi bunyik baru meriah. sekarang aku rase semua tempat standart harga 200-300 . And dorang ni ade masa dia. so korang leh request laa bape lama. 10minit, 30 miinit, sejam? hahahah



7) GOODIES BAG / DOOR GIFT

Dulu orang panggil berkat. And berkat ni orang jawa jelaaa panggil. hahaha. sekarang ni semua orang panggil goodies bag . tak kesah lah letak makanan ke, manisan ke, air ke.. tapi orang selalunya kasi makan , air kotak and satu benda yg kita boleh simpan atau guna pakai..

sekarang orang kasi yassin, mathurat , tasbih, cawan, sapu tangan.. so ikut nak kasi ape, so i rase baik pergi beli barang ni tempat borong atau kilang sebab lagi murah seriusly . tak cayaa cubaa laa :)








so depend laaa koranggg :)


if any missing pepandai laaa koranggg . hahahahah maaf jikaa ade kesilpan.. so sape yg nk kawinn too SELAMAT PENGANTIN BARU . and baru nak planning bilaaa nak kawen, jgn tunggu lama nanti GST  dah ade susahh. hahahah :D soo papaiii :)


Monday, February 9, 2015

PROSES PENDAFTARAN NIKAH DI JOHOR

Salam semua kyraaa nak share la step by step nk nikah bagi orang johor okeyy :)
so ni mmg bermanfaat bagi bakal bakal pengantin pasal ape?? sekarang dah gunaa sistem dah canggih almaklum laaa internet di hujung jari . hahaha . sooo lets start :) bismillah....

Checklist:
  • Borang pendaftaran lelaki yang sudah lengkap (perlu dibawa bersama).
  • Salinan IC pemohon
  • Salinan IC wali
  • Salinan IC dua orang saksi (untuk saksi borang)
  • Surat akuan bujang/dara/duda/janda). Boleh minta majikan buatkan. Tetapi ada sedikit penambahan disini. Bagi mereka yang alamat IC tidak sama seperti alamat tempat permohonan bernikah, lebih baik minta daripada ketua kampung sekali dengan surat bukti pemastautin.
  • Surat bukti pemastautin – biasanya penghulu/ketua kampung dah ada sediakan draf. Cuma tinggal isi nama dan detail yang lain. Kalau penghulu korang ada, sekejap aje dah dapat. Surat ini digabungkan bersama dengan akuan bujang/dara itu tadi. So setel dua2 borang.
  • Laporan ujian HIV – Jangan takut bagi mereka yang dah buat ujian di mana-mana klinik kesihatan kerajaan. Borang itu boleh digunakan. Validity borang ujian HIV ini 6 bulan. Tapi pendaftaran ini cuma valid dalam tempoh 3 bulan sahaja yang dari tarikh didaftarkan. Nanti serahkan sahaja salinan ujian HIV tu pada pegawai bertugas di Pejabat Kadi. Bagi yang belum buat ujian, boleh juga korang pegi ke jabatan agama dan ambil satu borang khas untuk isi pengesahan HIV yang disertakan dengan sampul. Tapi aku rasa mcm payah je, sebab nak balik pun kadang2. Jadi buat cara tadi pun lebih mudah. Tapi ingat ya, hanya klinik kerajaan sahaja.
  • Sijil nikah ibu bapa bagi pemohon perempuan dan jika wali adalah saudara lelaki yang sulung. Jadi mintalah parents kita sediakan salinan sijil nikah mereka siap2 senang.
  • Sekiranya bapa telah meninggal dunia, sediakan salinan sijil kematian.
  • Salinan/Asal sijil kursus pra-perkahwinan.
*Ada yang bertanya, boleh tak kalau tak jumpa penghulu. Jawapannya boleh. Surat akuan bujang tu boleh minta majikan buatkan dan bukti mastautin tu diselesaikan dengan cara buat IC dengan alamat baru. Ada juga yang buat cara ni, sebab taknak susah2 nanti nak cari penghulu.

Daftar
Setelah dokumen ini lengkap, pergi ke Pejabat Kadi, di Majlis Agama Islam Batu Pahat (bagi yang duduk Batu Pahat). Pejabat ini berada sebelah Masjid Besar Batu Pahat. Pergi ke kaunter 1 (iaitu kaunter borang) untuk buat muka manis di sini. Sebabnya, pendaftaran sekarang dah tak pakai borang. Semuanya secara Online yang akan diberikan manualnya oleh pegawai yang bertugas di situ.

Sewaktu aku buat permohonan ni, komputer cuma ada satu. Jadi aku perlu menunggu giliran. Tidaklah lama dan mengisi borang ini tidaklah sukar. Diharapkan kepada pemohon-pemohon lain yang nak mendaftar selepas ini, komputer untuk korang semakin banyaklah ya. Isi semua detail yang diperlukan.

Selepas isi borang online dan print juga disitu (ada 3-4 keping yang perlu di print), pergi pula ke kaunter pendaftaran perkahwinan dan ambil nombor. Tunggu giliran dan nanti ada pegawai yang akan uruskan borang-borang semua tu tadi. Salinan dokumen aku nasihatkan buatlah 3 copy, sebab dua dorang akan ambil dan satu simpanlah untuk diri sendiri.

Temuduga
Selepas dia semak semua checklist dan dokumen tadi, dan tiada masalah berbangkit, dia akan serahkan semula borang dan minta kita masuk ke bilik temuduga. Walk-in je temuduga ini. Perlu diingatkan ya, untuk pemohon negeri Johor baik lelaki atau perempuan, temuduga ini adalah wajib. Ada lima area soalan yang ditanyakan iaitu Syahadah, Doa Qunut, Toharoh, Munakahat dan Hubungan. Aku diminta nengucap dua kalimah Syahadat dengan pengertian; baca niat mandi wajib; baca doa qunut; jelaskan tanggungjawab isteri dan sebutkan rukun nikah satu persatu.

Ada juga yang mendapat soalan-soalan lebih ekstrim, tetapi asasnya mereka menyoal perkara-perkara asas yang kita patut tahu. Sebelum datang mendaftar ini, bukalah sikit-sikit buku yang kita dapat time kursus pra-perkahwinan tu.

Jurunikah Mukim
Setelah lulus temuduga, dan disahkan oleh pegawai yang menemuduga, bawa borang anda kembali ke Kaunter 4. Mereka akan keluarkan satu lagi borang yang kemudiannya dibawa ke kaunter 1. Anda jangan pening ngan kaunter-kaunter ini. Sebelah2 sahaja. Jangan malu dan takut untuk bertanya dan prosesnya tidaklah selama jalan penceritaan ini.

Pegawai di kaunter itu nanti akan bawa borang anda ke dalam untuk dicop dan disahkan. Kemudian barulah anda bawa borang ini berjumpa jurunikah mukim anda. Jangan risau, mereka akan beritahu nama dan alamat jurunikah mukim anda. Bagi aku di mukim Peserai, jurunikah bertugas ialah Tuan Haji Ahmad Mohd Aris, di Kampung Bintang selepas jambatan Batu Pahat.

Jumpa jurunikah, maklumkan tarikh ingin melangsungkan majlis pernikahan. Dia akan block tarikh tersebut untuk kita dan mengambil borang yang kita bawa tadi. Ambil lah juga nombor telefon jurunikah ini, supaya boleh buat follow up nak dekat2 tarikh nanti.

Baiklah, semua proses yang aku buat ni memakan masa kira-kira 2 jam setengah. Bergantung kepada keberadaan penghulu dan jurunikah kawasan anda. Kalau hal pengesahan dara/bujang dan pemastautin itu boleh diselesaikan awal, lagi baik. Dan sebelum balik tu, mintalah sesiapa tolong cekkan ada tak jurunikah kat rumah dia pada hari anda nak balik tu. Kalau dibuatnya dia cuti, dah anda nak kena balik lagi.

Jadi ringkasnya, buat perkara berikut sebelum anda daftarkan perkahwinan anda di Johor:
  • Sediakan dokumen.
  • Pastikan penghulu/jurunikah ada baru balik.
  • Pastikan buat awal pagi. Kalau ada masalah petang boleh diselesaikan.
  • Baca buku sikit2 untuk temuduga tu.

So korangggg . in sya Allah semoga semua berjalan lancar :) aminnnn