RESEPI PAVLOVA CREAM CHEESE
Bahan:
Meringue
5 biji putih telur gred C1/2
cawan gula caster (kalo suka manis boleh letak 3/4 cawan)
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu kecil cuka
1 sudu kecil essen vanilla
Cream cheese300ml
soft cream cheese1/2 buku butter (125g)
3/4 cawan icing sugar
Hiasan
buah-buahan segar kesukaan:
strawberry dan kiwi
Cara:
MeringuePanaskan oven 150C atau 4 mark.Pastikan bekas mixer ada bersih dari sebarang kekotoran untuk menjamin warna merinque putih gebusss...
Asingkan putih telur bersama kuning telur...*hanya ambil putih telur sahaja ;)
Pukul putih telur menggunakan mixer sehingga berbuih.Masukkan gula caster dan pukul lagi sampai kental (ambil masa lama ~10 min - 15min) sehingga menjadi meringue putih gebu...
Anda boleh uji meringue itu dah cukup kental atau tidak adalah bila kita terbalikkan bekas adunan, meringue tidak jatuh.
Masukkan tepung jagung, cuka dan esen vanilla dan pukul lagi sehingga sebati.
Letak adunan di atas baking paper mengikut saiz bulatan yang ada mahu. (saya buat 2 lapis so saya kena bahagikan adunan kepada 2 bahagian atau 2 bulatan yang sama besar..kalo nak mudah buat 1 layer sahaja pon dh ok)
Masukkan adunan di dalam oven dan setelah masuk ke dalam oven turunkan suhu oven kepada 140C atau 3 mark dan bakar sehingga 1 jam - 1 jam 10 minit (bergantung kepada oven)Sementara menungu meringue masak bolehlah potong buah-buahan untuk hiasan.
Apabila sudah masak, biarkan meringue sejuk didalam oven dengan merenggangkan pintu oven..jangan terus disejukkan di luar..nanti 'terkejut' meringue...;)
Cream Cheese:
Masukkan soft cream cheese, butter dan gula icing ke dalam bekas dan pukul menggunakan mixer sehingga sebati. (boleh letak perahan lemon sedikit...
I tidak letak Cara sapu cheese cream dan hiasan:Meringue yang telah sejuk di alihkan di atas serving plate secara berhati-hati kerana di dalam meringue sangat lembut.
Sapukan cream cheese di atas lapisan pertama dan ratakan menggunakan spatula.Tabur sedikit buah-buahan.
Letak lapisan kedua dan sapukan cream cheese sehingga rata termasuk bahagian tepi sehingga cream cheese habis.Tabur atau susun buah-buahan mengikut kesukaan anda.
Ok siap, boleh masuk di dalam peti sejuk kerana palova ini sedap dimakan ketika sejuk terutama cheese cream ;)
SELAMAT MENCUBA :)
No comments:
Post a Comment